Disclaimer Board
CHANGE THIS SECTION WITH YOUR OWN.
Chatter Box
PUT YOUR CBOX CODE HERE.
WITDH BAWAH 270PX. My Loyal Followers
CHANGE THIS WITH YOUR OWN.
WITDH KOTAK FOLLOWERS BAWAH 270PX. Blog Sponsors
Tool used Gimp & Pixlr Editor Best view only in Google Chrome DONT EVER REMOVE THE OWNER SKIN DESIGN.
|
| 20 Perkara Wanita Tidak Suka Pada Lelaki
20 Perkara Wanita Tidak Suka Pada Lelaki
Banyak faktor yang menyebabkan wanita tidak suka akan
perangai sesetengah lelaki. Di sini ada 20 perkara yang membuatkan kaum wanita
tidak suka kepada kaum lelaki. Renung-renungkan dan selamat beramal!
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan
lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada
kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang).
Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus
ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting
pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka…
Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum
wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan
perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam
kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego
tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun
memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo.
Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati
mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi
anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka
ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini
sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita
memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita
yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni.
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan
mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang
memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan
teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan
perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak
tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya
lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat
cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu
kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun
gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001
macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata
duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang
pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak
keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut
sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi
pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,
seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap
seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri
tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima
walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab
dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada
barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat,
tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita.
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak
mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada
yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!!
Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak
memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan
sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang
dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food
machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi
mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat
apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain
bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula
selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung
semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si
dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak
merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa
seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan
atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap meghargai mereka ini.
Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya
mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala,
tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya
terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima
kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit
ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri.
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara
begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia
mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai
menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang
lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada
elemen HERO.
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita
sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri
anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!
|